Manual PenggunaSistem Maklumat Banjir JPP Sabah
Log Masuk

1Pengenalan

Sistem i-Banjir adalah satu sistem digital yang merekodkan aset pembetungan yang rosak akibat banjir. Sistem ini mengumpulkan semua data di satu tempat, dan setiap rekod terikat pada daerah, tarikh dan gambar.

1.1 Peranan

Staf Daerah
  • Melaporkan kerosakan di kawasan sendiri dan mengemas kini status apabila pembaikan siap. Skrin mereka hanya memaparkan daerah sendiri — tidak bersepah dengan rekod daerah lain.
  • Pemantauan data dan peratusan aset juga hanya dikumpulkan berdasarkan daerah pengguna.
Admin Ibu Pejabat
  • Melihat maklumat banjir di Sabah secara keseluruhan.
  • Mengesahkan akaun staf baharu sebelum mereka boleh mula menggunakan sistem.

1.2 Apa yang direkod

Setiap laporan mewakili satu aset yang terjejas:

1. Loji

Aset rawatan / loji berkaitan pembetungan.

2. Pam

Aset pengepaman air / kumbahan.

3. Paip / Manhole

Rangkaian paip dan lubang masuk (manhole).

Tahap kerosakan direkodkan dalam tiga aras:

● Ringan — Beroperasi ● Sederhana — Terhenti ● Serius — Tenggelam

1.3 Kitaran Laporan

Banjir berlaku Staf hantar laporan + gambar Status: Perlu dibaiki Kerja pembaikan dijalankan Muat naik gambar pemulihan Telah dipulihkan — selesai

1.4 Kebaikan

Dashboard memberi gambaran serta-merta tanpa perlu mengumpul data secara manual:

  • Peta daerah mana yang terjejas
  • Pecahan kerosakan mengikut jenis aset
  • Peratusan aset yang telah dipulihkan
  • Carta bulanan jumlah aset terjejas

2Garis Panduan

2.1 Log Masuk

  1. Layari laman utama sistem.
  2. Masukkan emel dan kata laluan.
  3. Klik butang Log Masuk.
  4. Jika belum mempunyai akaun, tekan navigasi tab Daftar.
Skrin Log Masuk — masukkan emel dan kata laluan, kemudian tekan LOG MASUK.
Skrin Log Masuk — masukkan emel dan kata laluan, kemudian tekan LOG MASUK.

2.2 Pendaftaran Akaun Baru

Di dalam tab Daftar, isi maklumat berikut:

  • Nama Pengguna
  • Daerah
  • Emel
  • Kata Laluan (Minimum 8 aksara)
Borang pendaftaran akaun baharu dalam tab Daftar.
Borang pendaftaran akaun baharu dalam tab Daftar.
Selepas daftar, akaun baharu bermula dengan status Pending. Admin perlu sahkan akaun terlebih dahulu sebelum pengguna boleh log masuk.
Notifikasi: akaun belum disahkan oleh admin.
Notifikasi: akaun belum disahkan oleh admin.

Panduan Pengguna (Operator)

Panduan ini untuk staf daerah yang mengendalikan laporan aset harian.

Dashboard Pengguna

Paparan peta Sabah dengan laporan mengikut daerah, serta carta ringkasan kerosakan mengikut jenis aset.

  1. Kotak Maklumat Banjir akan menyenaraikan laporan daerah itu — Kawasan, Tahap, Status dan Tarikh.
  2. Scroll ke bawah untuk melihat carta Analisis Jenis Aset bagi Loji, Paip/Manhole dan Pam.
Dashboard pengguna: peta daerah dengan kotak Maklumat Banjir.
Dashboard pengguna: peta daerah dengan kotak Maklumat Banjir.
Carta Analisis Jenis Aset dan peratusan tahap kerosakan.
Carta Analisis Jenis Aset dan peratusan tahap kerosakan.

Status Pembaikan

Memantau kemajuan pembaikan: berapa aset masih perlu dibaiki, berapa telah dipulihkan, dan trend bulanan.

  1. Di halaman Dashboard, tekan tab Status Pembaikan di bahagian atas.
  2. Kad Perlu Dibaiki dan Telah Dipulihkan boleh ditekan — ia terus membuka Senarai yang sudah ditapis.
  3. Tiga carta pai memecahkan jumlah aset mengikut Loji, Pam dan Paip/Manhole.
Tab Status Pembaikan: kad ringkasan dan tiga carta pai.
Tab Status Pembaikan: kad ringkasan dan tiga carta pai.

Borang Laporan

Halaman templat untuk pengguna merekod laporan kerosakan aset akibat banjir.

  1. Tekan Borang pada menu kiri.
  2. Isi Nama Aset, pilih Jenis Aset dan Tahap Kerosakan, dan Kawasan Terjejas.
  3. Daerah — pengguna biasa akan lihat daerah sendiri terkunci; admin boleh pilih mana-mana daerah.
  4. Isi butiran sokongan: Gangguan Perkhidmatan, Risiko Awam, Peralatan Diperlukan, Tenaga Kerja, Sokongan Agensi dan Rumusan.
  5. Tanda kotak yang berkenaan di bahagian Tindakan. Jika anda tanda lain-lain (nyatakan dalam cadangan), satu kotak teks akan muncul dan wajib diisi.
Borang Laporan Banjir dengan medan aset, tindakan dan muat naik gambar.
Borang Laporan Banjir dengan medan aset, tindakan dan muat naik gambar.
Muat naik gambar tambahan (minimum 1, maksimum 4 gambar) diperlukan. Format disokong: JPG, JPEG, PNG, GIF, WEBP.

Senarai

Halaman ini menyenaraikan semua laporan banjir dalam skop anda.

  1. Untuk menapis: isi Cari Nama Aset atau pilih Jenis Aset, Tahap Kerosakan, Status Pembaikan, kemudian tekan Tapis.
  2. Pada kolum Tindakan, ada tiga ikon: mata untuk Lihat, pensel untuk Kemaskini dan tong sampah untuk Padam.
Senarai Aset Terjejas dengan penapis dan ikon tindakan.
Senarai Aset Terjejas dengan penapis dan ikon tindakan.

Lihat Laporan

Halaman ini memaparkan butiran penuh satu laporan berserta galeri gambar.

Lihat Laporan: butiran penuh aset dan galeri gambar.
Lihat Laporan: butiran penuh aset dan galeri gambar.
  1. Status pembaikan boleh dikemaskini melalui halaman ini dengan memilih status baharu dalam dropdown kemaskini status.
  2. Jika anda pilih Telah Dipulihkan, panel Muat Naik Gambar Pemulihan akan terbuka — muat naik 1 hingga 4 gambar keadaan aset selepas pembaikan.
  3. Selepas selesai simpan dan muat naik gambar, anda boleh menekan butang Cetak Laporan (PDF).
Kemaskini status dan panel Muat Naik Gambar Pemulihan.
Kemaskini status dan panel Muat Naik Gambar Pemulihan.

Cetak Laporan

Menjana versi bercetak satu laporan, lengkap dengan butiran, rumusan, dan gambar sebelum serta selepas pemulihan.

  1. Di halaman Lihat Laporan, tekan Cetak Laporan (PDF) — tab baharu akan terbuka.
  2. Dialog cetak akan muncul dengan sendiri. Untuk simpan sebagai PDF, pilih Save as PDF pada ruang pencetak.
Versi cetak laporan yang boleh disimpan sebagai PDF.
Versi cetak laporan yang boleh disimpan sebagai PDF.

Kemaskini Laporan

Membetulkan butiran laporan yang sudah dihantar, dan mengurus gambarnya.

  1. Dari Senarai, tekan ikon pensel (Kemaskini).
  2. Kemaskini mana-mana medan yang perlu dibetulkan.
  3. Untuk membuang gambar, tekan butang merah Padam di bawah gambar berkenaan.
  4. Untuk menambah gambar, gunakan Muat Naik Gambar Tambahan (maksimum 4 gambar).
  5. Tekan butang hijau Kemaskini Laporan.
Borang Kemaskini Laporan Banjir dengan medan boleh diedit.
Borang Kemaskini Laporan Banjir dengan medan boleh diedit.
Urus gambar: butang Padam dan Muat Naik Gambar Tambahan.
Urus gambar: butang Padam dan Muat Naik Gambar Tambahan.

3Senarai Pengguna (Untuk Admin Sahaja)

Halaman ini menyenaraikan semua akaun dan membolehkan admin mengesahkan pendaftaran baharu atau memadam akaun.

  1. Pilih Pending pada penapis Status untuk melihat permohonan baharu sahaja.
  2. Pada baris tindakan, tekan butang biru Sahkan untuk menukar status akaun kepada Aktif — membolehkan pengguna yang baru mendaftar untuk log masuk.
  3. Untuk menolak permohonan: tekan butang merah Tolak pada baris berstatus Pending.
  4. Untuk membuang akaun yang sudah aktif: tekan butang merah.
Senarai Pengguna: sahkan, tolak atau padam akaun.
Senarai Pengguna: sahkan, tolak atau padam akaun.